CIKGU VETERAN

Memantapkan kemahiran menulis nilai

Tulis  nilai murni dan ulasannya.

1.Setiap hari Jamil bangun awal pagi.  Dia tidak mahu lewat ke sekolah.

Contoh: Kita hendaklah menepati masa seperti Jamil yang bangun awal pagi supaya tidak lewat
              ke sekolah.                                        
2. Setiap hari Suraya bangun awal pagi.  Dia tidak mahu ketinggalan bas untuk ke
    sekolah.

3.  Kamal memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran yang diajar

4.  Menabung merupakan amalan yang baik.

5.  Gopal belajar bersungguh-sungguh tetapi keputusan peperiksaan tidak memuaskan.
     Namun dia tidak berputus asa.

6.  Selepas minum petang, Karim bermain bola sepak dengan kawan-kawannya.

7.  Salim menyiapkan kerja sekolahnya.

8.  Borhan bersarapan bersama-sama keluarganya.

9.  Harun bertanya kepada guru apabila dia tidak faham.

10.  Didi mengucapkan terima kasih kepada ibunya yang telah membawakannya
      minuman.

11.Encik Daud  tidak menghiraukan lampu isyarat merah dan memecut keretanya
      kerana dia sudah lewat hendak ke tempat kerja.

12.  Murid-murid kelas 6 Ikhlas berdiri dan mengucapkan salam kepada Cikgu Salina
        yang baru masuk ke kelas mereka.

13.  Ridzuan dan kawan-kawannya singgah di sungai untuk mandi  dalam perjalanan
       mereka pulang dari sekolah.

14.  Farid masuk ke bilik kakak tanpa meminta izin daripada kakaknya.

15.  Rawiah membantu Cikgu Haslinda membawa buku-buku latihan ke bilik guru.

16.  Azam dan Iskandar berlumba-lumba ketika menunggang basikal dalam perjalanan
        pulang dari sekolah.

17.  Umairah mengemas tempat tidurnya setiap pagi sebelum pergi ke sekolah.

18.  Syafinaz  membawa beg Cikgu Qistina masuk ke bilik guru kerana dia suka
       membantu gurunya itu.

19.  Rusdi menonton televisyen sehingga larut malam menyebabkannya lewat bangun  
        pada pagi itu.
20.  Haafizi dan keluarganya  melancong  ke Melaka selama tiga hari.

KUIZ MURID PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011

Tandakan (/) bagi ayat yang betul dan (X ) bagi ayat yang salah.


1.   Setengah ibu bapa lebih suka jika anak mereka belajar di asrama.                              (      )

2.  Tiap pagi Puan Sharifah menghantar anaknya ke sekolah.                                              (      )

3.  Kami sangat patuh akan peraturan peraturan sekolah                                                      (      )

4.  Sultan Perak menganugerahkan sepersalinan pakaian kepada Bendahara               (      )

5.  Pada zaman dahulu,  Sang Kancil dan Sang Kura-kura bersahabat baik.                    (      )

6.  Oleh kerana badannya tidak sihat, dia tidak datang ke sekolah.                                     (      )

7.  Jarak rumah saya dari sekolah kira-kira satu setengah kilometer sahaja.                   (      )

8.  Hormatilah kedua ibu bapa kita walaupun kita sudah berkeluarga.                               (      )

9.  Antara makanan kegemaran saya ialah nasi goreng dan mi hailam.                            (      )

10. Rahmat membeli lima buah durian daripada penjual di simpang jalan.                     (      )

11. Perisriwa yang menyayat hati itu teramat sukar untuk dilupakan.                                  (      )

12. Buku ini saya beli ialah untuk kegunaan saya  di sekolah.                                              (      )

13. Murid yang memenangi pertandingan itu bukan murid sekolah ini.                              (      )

14. Azreen dinobatkan sebagai murid yang paling cemerlang sekali di sekolahnya.      (      )

15.  Siapa  yang dilantik sebagai Ketua Pengawas pada tahun ini?                                   (      )

16.  Puan Kamariah memberikan Marina sebungkus nasi lemak.                                     (      )

17. Saya mengucapkan tahniah di atas kejayaan kamu memenangi  peraduan itu.      (      )

18. Saya belum bersarapan sejak daripada pagi tadi.                                                          (      )

19.  Sebiji bola telah dilemparkan pada murid itu.                                                                 (      )

20. Suffian memasukkan sampah itu ke dalam bakul sampah.                                         (      )