CIKGU VETERAN

Teknik berkesan untuk memantapkan penguasaan murid dalam menjelmakan nilai.

Bil
Situasi
Nilai
1.
Murid-murid kelas 6 Ikhlas mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Normala yang sedang melangkah keluar dari kelas

2.
Mi goreng budak itu terjatuh ketika dia ditolak. Kasihan saya melihatnya.

3
Amin memberi wang sakunya kepada rakan yang kehilangan wang.


4
Murid-murid    :   Selamat pagi, cikgu.
Guru                 :   Selamat pagi.  Baiklah  murid-murid, kalian
                             boleh   duduk sekarang.

5
Kami tidak akan melupakan segala sumbangan dan pengorbanan guru.  Kami berjanji akan sentiasa mengenang jasa guru.

6
Sempena Hari Guru, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah

7
Apabila kita menganggotai unit beruniform, kita perlulah mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

8



9
Zailan tidak berani menyelamatkan budak yang lemas itu kerana dia tidak pandai berenang.


10
Selepas makan tengah hari bersama-sama keluarganya, Zakiah membantu ibunya mengangkat pinggan ke dapur.


11
Luqman berjanji tidak akan ponteng sekolah lagi.

12
Sebagai ketua darjah, Syamil mengarahkan murid yang bertugas
melakukan tugasan masing-masing .

13
Farish menyerahkan wang yang dijumpainya kepada guru bertugas.

14
Afiqah memandikan adiknya sebelum memakaikannya pakaian.

15
Nurul Ain menyiapkan kerja sekolahnya dengan tekun.

16.
Aiman membasuh pakaian sekolahnya  lalu menjemur pakaian itu untuk mengeringkannya

17
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kerana saudara telah berjaya dinobatkan sebagai olahragawan sekolah

18
Hafizi  ternampak seorang budak lelaki terjatuh dari basikal.  Dia segera membantu budak itu.


19
Pada cuti sekolah yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan lawatan ke Pulau Pinang.

20
En. Kamal membelikan sebuah basikal kepada anaknya yang telah berjaya dalam pertandingan  kerana dia pernah berjanji untuk berbuat demikian.



Contoh Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru



Assalamualaikum wbkth….
Yang Berusaha En. Arifin bin Sapawi, Guru Besar SK Dato’ Syed Zain Alshahab,  Pn. Hjh Zamnah binti Osman, Guru Penolong Kanan Kurikulum, En. Tajuddin bin  Hussein   Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Khamisah binti Talib, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Jamaliah binti Maarof, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, guru-guru yang dikasihi dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

     Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang mewakili rakan-rakan yang lain untuk menyampaikan ucapan pada hari yang amat bermakna buat guru-guru khususnya guru-guru di SK Dato’ Syed Zain Alshahab.  Kesempatan yang diberikan ini, amatlah  bermakna buat diri saya .

Guru-guru dan rakan sekalian,
     Hari ini merupakan Hari Guru. Tarikh keramat 16 Mei terpahat dalam ingatan guru-guru dan murid-murid. Hari Guru ini diraikan untuk mengenang  dan menghargai jasa dan pengorbanan para guru.  Jasa guru tidak ternilai harganya.  Tema Hari Guru pada tahun ini ialah  “Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan”.

Guru-guru sekalian,
     Guru bolehlah diistilahkan sebagai tenaga pendidik atau tenaga pengajar.  Mereka ialah ibu dan bapa kita di sekolah.  Oleh sebab itu, guru-guru diletakkan tanggungjawab yang besar dan berat dalam pembentukan sahsiah murid-muridnya.  Masa murid-murid di sekolah bersama-sama guru  merupakan masa perdana dan rakan-rakan haruslah memanfaat masa itu untuk menimba sebanyak mungkin ilmu daripada guru-guru. 

Guru-guruku sayang,
     Kami tahu, guru-guru tidak mengharapkan balasan wang ringgit daripada kami, anak-anak didik kalian.  Justeru, saya menyeru rakan-rakan  agar berusaha dan belajar dengan bersungguh-sungguh sebagai hadiah kepada guru-guru. Saya yakin, guru-guru pasti akan gembira jika  kejayaan dapat dicapai oleh  anak-anak didik mereka.

Guru-guru dan rakan  sekalian,
     Di kesempatan ini, saya mewakili rakan-rakan ingin memohon ampun dan maaf jika kami ada melakukan sebarang kesalahan terhadap cikgu.  Mungkin, sepanjang kami bersama-sama cikgu, ada kelakuan kami yang menyinggung perasaan cikgu.  Mungkin juga, ada kata-kata dan tindakan kami yang menaikkan darah cikgu.  Oleh itu, maafkan kami, cikgu.  Maklumlah kami anak-anak kecil yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

     Buah cempedak di luar pagar,
            Ambil galah tolong jolokkan;
     Kami budak baru belajar,
            Kalau salah tolong tunjukkan.
    Maafkanlah kesalahan  kami, cikgu.

     Saya juga mewakili rakan-rakan berharap guru-guru akan mendoakan kami agar kami semua berjaya dalam  peperiksaan khususnya dalam UPSR nanti. Doakanlah kejayaan kami selagi kami bergelar pelajar.Segala ilmu yang cikgu ajarkan kepada kami akan kami manfaatkan dalam kehidupan kami.
     Akhir kata, hayatilah bait-bait puisi:

                        Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
                        Budi yang diapungkan di dulang ilmu
                        Panggilan keramat “Cikgu” kekal terpahat
                        Menjadi kenangan ke akhir hayat

Selamat Hari Guru!

     Sekian sahaja ucapan saya. Wabillahi taufik wal hidayah , assalamualaikum wbt.

Sekian, terima kasih.