CIKGU VETERAN

Salin karangan di bawah ini. Semak ejaan dan tanda baca setelah kamu siap menyalinnya.


Soalan :  Kamu telah berbual-bual dengan seorang rakan kamu.  Perkara yang dibualkan
               adalah tentang cara-cara menjaga kebersihan kawasan kantin.
               Tulis perbualan kamu itu selengkapnya.


Aidil                  :   Selamat pagi.

Syafiq               :    Selamat pagi.

Aidil                 :     Tahukah kamu cara-cara menjaga kebersihan kantin?

Syafiq               :      Ya.  Kita hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang
                                 disediakan.  Jika kita tidak membuang sampah ke dalam tong sampah,
       kantin kita tentu akan kotor.  Lalat akan membiak jika kantin kita 
       kotor.

Aidil                  :      Apakah cara lain untuk menjaga kebersihan kantin?

Syafiq               :      Selain itu, pengusaha kantin hendaklah menyediakan tong sampah.
                               Jika tidak ada tong sampah, murid-murid tidak dapat membuang
                               sampah. Tong sampah itu hendaklah ditutup supaya tidak dihinggapi
                               lalat.

Aidil                  :     Saya pun tahu cara menjaga kebersihan kantin.  Pengusaha kantin
                               hendaklah menyapu sampah untuk membersihkan lantai.  Mereka juga
                               hendaklah mengemop lantai supaya lantai sentiasa bersih.  Makanan
                               yang tumpah di atas lantai hendaklah dibersihkan dengan segera.

Syafiq            :       Saya setuju.  Pekerja kantin juga hendaklah membersihkan longkang
                             di kantin supaya tidak tersumbat.  Longkang yang tersumbat akan
                             berbau busuk.  Nyamuk juga dapat membiak jika air bertakung di
                             dalam longkang.

Aidil             :        Terima kasih kerana berkongsi maklumat dengan saya.

Syafiq          :         Sama-sama.

Salin karangan ini. Pastikan murid-murid dapat menyalin dengan ejaan dan tanda baca yang betul

Soalan  :  Kamu telah mendapat seorang guru kelas yang baharu.Sebagai Ketua Darjah,
                Kamu diminta menyampaikan ucapan.
                Sediakan  ucapan itu selengkapnya.



Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru dan rakan sekalian.  Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis ini.

Guru-guru dan rakan sekalian,

     Tujuan kita berkumpul pada hari ini adalah untuk meraikan guru kita yang baharu.  Nama guru kita yang baharu itu ialah Cikgu Rohani binti Said. Kita tentu berasa gembira kerana telah mendapat guru yang baharu.

     Cikgu Rohani berasal dari Kelantan.  Sebelum ini beliau mengajar di Batu Pahat.   Beliau berpindah ke sini kerana mengikut suami yang bertugas di Kluang.

     Cikgu Rohani akan menjadi guru kelas kita.  Beliau menggantikan Cikgu Mariam binti Ali yang telah berpindah ke sekolah yang lain.Beliau akan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. 

     Saya menasihati rakan-rakan agar menghormati Cikgu Rohani sebagaimana kita menghormati guru kelas kita yang lama.  Saya berharap rakan-rakan akan menurut arahan Cikgu Rohani supaya kita boleh berjaya.  Kami juga berharap Cikgu Rohani  akan gembira mengajar mengajar di sekolah ini.

     Untuk mengakhiri ucapan saya ini, saya mewakili rakan-rakan ingin mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Rohani.

     Sekian, terima kasih.

Latihan Menulis Nilai

Nama:_________________________________________              Tahun : __________

Tuliskan nilai yang sesuai bagi ayat yang diberikan.

Bil
Ayat
Nilai
1.
Sazali ternampak seorang budak lelaki terjatuh dari basikal.  Sazali memberhentikan basikalnya.


2.
Penunggang motosikal merupakan korban yang tertinggi dalam kemalangan jalan raya.


3.
Mi goreng budak itu terjatuh ketika dia ditolak. Kasihan saya melihatnya.


4.
Amin memberi wang sakunya kepada rakan yang kehilangan wang.


5.
Murid-murid    :   Selamat pagi, cikgu.
Guru                 :   Selamat pagi.  Baiklah  murid-murid, kalian
                             boleh   duduk sekarang.

6.
7.20  pagi       
    Loceng berbunyi dan semua murid berkumpul di tapak perhimpunan.


7.
Oleh itu, semua murid yang menggunakan perpustakaan ini mestilah menjaga bahan-bahan bacaan yang ada supaya tidak rosak.

8.
Fizi sungguh gembira semasa turun dari tangga kapal terbang. Kini dia telah selamat pulang ke tanah air yang amat dicintainya.


9.
Tanah kosong yang dahulunya dipenuhi hutan dan terbiar, kini telah diusahakan dengan tanaman sayur.


10.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kerana saudara telah berjaya dinobatkan sebagai olahragawan sekolah.


11
Kami tidak akan melupakan segala sumbangan dan pengorbanan guru.  Kami berjanji akan sentiasa mengenang jasa guru.


12
Aisyah pandai membahagikan masa belajar dan masa untuk bermain.




13.

Aiman membasuh pakaian sekolahnya  lalu menjemur pakaian itu untuk mengeringkannya.

14.
Maafkan saya cikgu, saya tidak menyiapkan latihan seperti yang diarahkan oleh cikgu semalam.


15.
Zaidah mencium tangan datuk dan neneknya lalu memeluk mereka erat-erat.


16.
Syafiqah membasuh tangannya sebelum makan.


17.
Selepas makan tengah hari bersama-sama keluarganya, Zakiah membantu ibunya mengangkat pinggan ke dapur.


18.
”Adnan, kita tidak boleh mengambil hak orang lain. Berdosa,” Adnan teringat nasihat yang pernah diberikan oleh ibunya.


19.
Guru besar menyampaikan hadiah kepada Adli yang telah dinobatkan sebagai olahragawan.

20.
Pada cuti sekolah yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan lawatan ke Pulau Pinang.


21.
Sempena Hari Guru, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.


22.
Apabila kita menganggotai unit beruniform, kita perlulah mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.


23.
Penonton yang hadir bersorak memberi sokongan walaupun  pasukan mereka telah tewas.


24.
Anak Pak Wahid yang tidak sedarkan diri itu  telah dihantar ke klinik yang berhampiran oleh jiran di sebelah rumahnya.


25.
Zailan tidak berani menyelamatkan budak yang lemas itu kerana dia tidak pandai berenang.


26.
Rozaini menutup suis lampu dan kipas sebelum keluar dari kelas.


27
Salwa ingin membelikan ibunya rumah yang lebih selesa apabila dia sudah bekerja nanti.


28.
Seorang ahli bomba masuk ke dalam rumah yang sedang berbakar itu untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak.


29.
Encik Rahman memberikan tempat duduknya kepada wanita yang sedang berdiri sambil mengelek anaknya.

30.
Sarimah  tidak marah apabila budak nakal itu menyindirnya.