Bil
|
Situasi
|
Nilai
|
1.
|
Murid-murid kelas 6 Ikhlas mengucapkan
terima kasih kepada Cikgu Normala yang sedang melangkah keluar dari kelas
|
|
2.
|
Mi goreng budak itu
terjatuh ketika dia ditolak. Kasihan saya melihatnya.
|
|
3
|
Amin memberi wang sakunya
kepada rakan yang kehilangan wang.
|
|
4
|
Murid-murid :
Selamat pagi, cikgu.
Guru : Selamat pagi. Baiklah
murid-murid, kalian
boleh duduk sekarang.
|
|
5
|
Kami tidak akan melupakan
segala sumbangan dan pengorbanan guru.
Kami berjanji akan sentiasa mengenang jasa guru.
|
|
6
|
Sempena Hari Guru, pihak
sekolah telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah
|
|
7
|
Apabila kita menganggotai
unit beruniform, kita perlulah mematuhi undang-undang dan peraturan yang
telah ditetapkan.
|
|
8
|
|
|
9
|
Zailan tidak berani
menyelamatkan budak yang lemas itu kerana dia tidak pandai berenang.
|
|
10
|
Selepas makan tengah hari
bersama-sama keluarganya, Zakiah membantu ibunya mengangkat pinggan ke dapur.
|
|
11
|
Luqman berjanji tidak akan ponteng
sekolah lagi.
|
|
12
|
Sebagai ketua darjah, Syamil
mengarahkan murid yang bertugas
melakukan tugasan masing-masing .
|
|
13
|
Farish menyerahkan wang yang
dijumpainya kepada guru bertugas.
|
|
14
|
Afiqah memandikan adiknya sebelum memakaikannya
pakaian.
|
|
15
|
Nurul Ain menyiapkan kerja sekolahnya
dengan tekun.
|
|
16.
|
Aiman membasuh pakaian
sekolahnya lalu menjemur pakaian itu
untuk mengeringkannya
|
|
17
|
Terlebih dahulu saya
mengucapkan tahniah kerana saudara telah berjaya dinobatkan sebagai
olahragawan sekolah
|
|
18
|
Hafizi ternampak seorang budak lelaki terjatuh dari
basikal. Dia segera membantu budak itu.
|
|
19
|
Pada cuti sekolah yang
lalu, Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan lawatan ke Pulau Pinang.
|
|
20
|
En. Kamal membelikan sebuah basikal
kepada anaknya yang telah berjaya dalam pertandingan kerana dia pernah berjanji untuk berbuat
demikian.
|
|
CIKGU VETERAN
Teknik berkesan untuk memantapkan penguasaan murid dalam menjelmakan nilai.
Contoh Ucapan Wakil Murid Sempena Hari Guru
Assalamualaikum
wbkth….
Yang
Berusaha En. Arifin bin Sapawi, Guru Besar SK Dato’ Syed Zain Alshahab, Pn. Hjh Zamnah binti Osman, Guru Penolong
Kanan Kurikulum, En. Tajuddin bin
Hussein Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid, Pn. Khamisah binti Talib, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn.
Jamaliah binti Maarof, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, guru-guru yang
dikasihi dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kerana diberi peluang mewakili rakan-rakan yang lain untuk
menyampaikan ucapan pada hari yang amat bermakna buat guru-guru khususnya
guru-guru di SK Dato’ Syed Zain Alshahab.
Kesempatan yang diberikan ini, amatlah bermakna buat diri saya .
Guru-guru
dan rakan sekalian,
Hari ini merupakan Hari Guru. Tarikh
keramat 16 Mei terpahat dalam ingatan guru-guru dan murid-murid. Hari Guru ini
diraikan untuk mengenang dan menghargai
jasa dan pengorbanan para guru. Jasa
guru tidak ternilai harganya. Tema Hari
Guru pada tahun ini ialah “Guru Inovatif
Melonjakkan Transformasi Pendidikan”.
Guru-guru
sekalian,
Guru bolehlah diistilahkan sebagai tenaga
pendidik atau tenaga pengajar. Mereka
ialah ibu dan bapa kita di sekolah. Oleh
sebab itu, guru-guru diletakkan tanggungjawab yang besar dan berat dalam pembentukan
sahsiah murid-muridnya. Masa murid-murid
di sekolah bersama-sama guru merupakan
masa perdana dan rakan-rakan haruslah memanfaat masa itu untuk menimba sebanyak
mungkin ilmu daripada guru-guru.
Guru-guruku
sayang,
Kami tahu, guru-guru tidak mengharapkan
balasan wang ringgit daripada kami, anak-anak didik kalian. Justeru, saya menyeru rakan-rakan agar berusaha dan belajar dengan
bersungguh-sungguh sebagai hadiah kepada guru-guru. Saya yakin, guru-guru pasti
akan gembira jika kejayaan dapat dicapai
oleh anak-anak didik mereka.
Guru-guru
dan rakan sekalian,
Di kesempatan ini, saya mewakili
rakan-rakan ingin memohon ampun dan maaf jika kami ada melakukan sebarang kesalahan
terhadap cikgu. Mungkin, sepanjang kami
bersama-sama cikgu, ada kelakuan kami yang menyinggung perasaan cikgu. Mungkin juga, ada kata-kata dan tindakan kami
yang menaikkan darah cikgu. Oleh itu,
maafkan kami, cikgu. Maklumlah kami
anak-anak kecil yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Maafkanlah kesalahan kami, cikgu.
Saya juga mewakili rakan-rakan berharap
guru-guru akan mendoakan kami agar kami semua berjaya dalam peperiksaan khususnya dalam UPSR nanti.
Doakanlah kejayaan kami selagi kami bergelar pelajar.Segala ilmu yang cikgu
ajarkan kepada kami akan kami manfaatkan dalam kehidupan kami.
Akhir kata, hayatilah bait-bait puisi:
Jadilah apa pun pada
akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di
dulang ilmu
Panggilan keramat
“Cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke
akhir hayat
Selamat Hari Guru!
Sekian sahaja ucapan saya. Wabillahi
taufik wal hidayah , assalamualaikum wbt.
Sekian,
terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)