CIKGU VETERAN

Salin karangan di bawah ini. Semak ejaan dan tanda baca setelah kamu siap menyalinnya.


Soalan :  Kamu telah berbual-bual dengan seorang rakan kamu.  Perkara yang dibualkan
               adalah tentang cara-cara menjaga kebersihan kawasan kantin.
               Tulis perbualan kamu itu selengkapnya.


Aidil                  :   Selamat pagi.

Syafiq               :    Selamat pagi.

Aidil                 :     Tahukah kamu cara-cara menjaga kebersihan kantin?

Syafiq               :      Ya.  Kita hendaklah membuang sampah ke dalam tong sampah yang
                                 disediakan.  Jika kita tidak membuang sampah ke dalam tong sampah,
       kantin kita tentu akan kotor.  Lalat akan membiak jika kantin kita 
       kotor.

Aidil                  :      Apakah cara lain untuk menjaga kebersihan kantin?

Syafiq               :      Selain itu, pengusaha kantin hendaklah menyediakan tong sampah.
                               Jika tidak ada tong sampah, murid-murid tidak dapat membuang
                               sampah. Tong sampah itu hendaklah ditutup supaya tidak dihinggapi
                               lalat.

Aidil                  :     Saya pun tahu cara menjaga kebersihan kantin.  Pengusaha kantin
                               hendaklah menyapu sampah untuk membersihkan lantai.  Mereka juga
                               hendaklah mengemop lantai supaya lantai sentiasa bersih.  Makanan
                               yang tumpah di atas lantai hendaklah dibersihkan dengan segera.

Syafiq            :       Saya setuju.  Pekerja kantin juga hendaklah membersihkan longkang
                             di kantin supaya tidak tersumbat.  Longkang yang tersumbat akan
                             berbau busuk.  Nyamuk juga dapat membiak jika air bertakung di
                             dalam longkang.

Aidil             :        Terima kasih kerana berkongsi maklumat dengan saya.

Syafiq          :         Sama-sama.

Salin karangan ini. Pastikan murid-murid dapat menyalin dengan ejaan dan tanda baca yang betul

Soalan  :  Kamu telah mendapat seorang guru kelas yang baharu.Sebagai Ketua Darjah,
                Kamu diminta menyampaikan ucapan.
                Sediakan  ucapan itu selengkapnya.



Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru dan rakan sekalian.  Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis ini.

Guru-guru dan rakan sekalian,

     Tujuan kita berkumpul pada hari ini adalah untuk meraikan guru kita yang baharu.  Nama guru kita yang baharu itu ialah Cikgu Rohani binti Said. Kita tentu berasa gembira kerana telah mendapat guru yang baharu.

     Cikgu Rohani berasal dari Kelantan.  Sebelum ini beliau mengajar di Batu Pahat.   Beliau berpindah ke sini kerana mengikut suami yang bertugas di Kluang.

     Cikgu Rohani akan menjadi guru kelas kita.  Beliau menggantikan Cikgu Mariam binti Ali yang telah berpindah ke sekolah yang lain.Beliau akan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. 

     Saya menasihati rakan-rakan agar menghormati Cikgu Rohani sebagaimana kita menghormati guru kelas kita yang lama.  Saya berharap rakan-rakan akan menurut arahan Cikgu Rohani supaya kita boleh berjaya.  Kami juga berharap Cikgu Rohani  akan gembira mengajar mengajar di sekolah ini.

     Untuk mengakhiri ucapan saya ini, saya mewakili rakan-rakan ingin mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Rohani.

     Sekian, terima kasih.