CIKGU VETERAN

Salin karangan ini. Pastikan murid-murid dapat menyalin dengan ejaan dan tanda baca yang betul

Soalan  :  Kamu telah mendapat seorang guru kelas yang baharu.Sebagai Ketua Darjah,
                Kamu diminta menyampaikan ucapan.
                Sediakan  ucapan itu selengkapnya.



Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru dan rakan sekalian.  Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam majlis ini.

Guru-guru dan rakan sekalian,

     Tujuan kita berkumpul pada hari ini adalah untuk meraikan guru kita yang baharu.  Nama guru kita yang baharu itu ialah Cikgu Rohani binti Said. Kita tentu berasa gembira kerana telah mendapat guru yang baharu.

     Cikgu Rohani berasal dari Kelantan.  Sebelum ini beliau mengajar di Batu Pahat.   Beliau berpindah ke sini kerana mengikut suami yang bertugas di Kluang.

     Cikgu Rohani akan menjadi guru kelas kita.  Beliau menggantikan Cikgu Mariam binti Ali yang telah berpindah ke sekolah yang lain.Beliau akan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. 

     Saya menasihati rakan-rakan agar menghormati Cikgu Rohani sebagaimana kita menghormati guru kelas kita yang lama.  Saya berharap rakan-rakan akan menurut arahan Cikgu Rohani supaya kita boleh berjaya.  Kami juga berharap Cikgu Rohani  akan gembira mengajar mengajar di sekolah ini.

     Untuk mengakhiri ucapan saya ini, saya mewakili rakan-rakan ingin mengucapkan selamat datang kepada Cikgu Rohani.

     Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment