Garisi kesalahan dalam ayat-ayat di bawah:
- Adik gembira melihat abang yang baru pulang daripada asrama.
- Safwan suka makan goreng pisang panas yang dibeli oleh ibu.
- Dalam kehidupan, kita perlulah hidup saling bantu-membantu.
- Johari sanggup bertugas di perbatasan demi untuk keamanan negara.
- Makanan kegemaran saya adalah nasi goreng dan mi rebus.
- Sultan Johor akan menyambut hari keputeraan beliau tidak lama lagi.
- Saya berharap rakan-rakan sekalian akan dapat memaafkan kesalahan saya.
- Mesyuarat itu diadakan ialah untuk menyelesaikan masalah yang timbul ketika ini.
- Beribu penduduk berkumpul untuk menyaksikan peristiwa yang bersejarah itu.
- Syamil berharap, dia akan dapat membantu kedua ibu bapanya apabila dewasa nanti.
- Semua murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan sebaik-baik sahaja loceng berbunyi.
- Rawiah menghadiahkan ibunya seutas rantai emas dan sehelai selendang.
- Keesokkannya, datuk membawa saya memancing ikan di tali air yang berhampiran dengan rumah.
- Pemuda di zaman dahulu sanggup merantau untuk belajar seni mempertahankan diri.
- Mak Minah menjulang bakul di atas kepalanya sambil berjalan menuju ke kebun.
- Penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman terpaksa pergi ke bandar untuk membeli barang-barang keperluan.
- Marina menceritakan tentang sebuah pengalaman yang dilaluinya semasa cuti sekolah yang lalu.
- Cikgu Wardah mengucapkan tahniah kepada Zailan di atas kejayaannya dalam pertandingan pidato.
- Ayah menghadiahi sebuah basikal kepada adik yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
- Pihak Jabatan Kerja Raya sedang memperlebarkan jalan raya di kampung saya.
No comments:
Post a Comment